bicara hatiku,c purple

hi..dari lubuk hatiku,buat semua hati c purple

Tuesday, 19 June 2012

hari itu besday aku

... بسم الله الرحمن الرحيم....
YA Allah ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana berikan keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Sunday, 11 March 2012

salam c purple

hi..alhamdulillah tanah sejuk krn di sirami air rahmat iaitu air hujan.

Thursday, 8 March 2012

pagi jumaat yang iNdah di dUnia c purPle

hi semu,pg yang indah.lip lap lip lap..kejap jerk ari jumaat.bersyukur kite krn rahmatNya kite dpt menghirup udara yg segar.bagi aku hari ni e,bl bgn pagi aku blh tersnym riang.x tau r nape..apy sgt.ptg ni nak lek pelangai pastu esok p kenduri.ahad palk nk menyiapkn pagar umah mak.huhuukkk dkt 2mgu x berusik sejak usben aku kne bisul.skrg Alhamdulillahd dah bek.
k lah aku nak cau dulu...muaah luv u  all

Wednesday, 7 March 2012

pagi yang dingin c purple


hujan oh hujan


HUJAN OH

 



  • titik titik hujan mula membasahi bumi hilang segala kegersangan melandamutiara halus itu sungguh berhargamenghapus segala duka lara pepohonansudah semusim membawa dirihilang tanpa khabar beritabagai kekasih sedang ...

wahai katak puru kenapa panggil hujan habis kain di jemuran katak nanti kata bila masanya aku panggil hujan itu bunyi aku ketawa berterima kasih pada ...


Hujan hujan hujan...Alhamdulillah kite msh merasa rahmat Allah kerana hujan yg turun tanah menjadi sejuk.Usben aku dh p keje tinggal aku keseorangan tp aku xkisah,aku bukak speker kuat2 huhuhu meriah idup aku.pg nie aku bt sarapan mee goreng mamak,wowowow meletup sedapnyehari nie x wat pape pown,pas sarapan trus ngadap lettop,wakaka.tenet lembab tue yg berjam duk dpn lettop...
Pagi nie tetibe aku jadi sebak,pas solat subuh td aku terdiam tetiba aku terpikir pasal kehidpun aku dan usben aku...Adakah impian kami tercapai?adakah aku pergi dulu atau mungkinkah dye pergi dulu sblm aku?adakah kami akan mendapat cahaya menyinari kami berdua?
aku tau semua nie ketentuan Allah..aku harap aku akan tabah dan aku terus menabur bakti dengan seikhlas hati.amin.

gg c budak rendang

aku pown pelik npe lh aku blh ekot ckp c kwn aku tue....c gg tp aku pggl dye dak rendang.Dye shbt aku ms aku kat smdas..mcm2 aku wat ngn dye..adalg sorg nurul.kami b3.pnt aku dr mlm tdmgadap lettop nie smue psl dye r nie.dye suh aku wat blog..x pnh terpkr tok aku ade blog,jauh di benak pkiran aku..nie smue krnko lah sahabat.....aku dh leka dah...papepn thank alot..krn ko c rendang aku dpt sesuatu yg baru.
dye mcmni r..kelangkabut sokmo..

Thread Untuk Sesape Yg Putus Cinta..meh2

Hidup kita bukanlah selancar yg kita sangka... berjumpa, berkawan dan akhirnya bercinta... tp mgkn cinta tu ialah titik ahir kerna mgkn di atas sbb tertentu hubungan putus di tengah jalan... . namun percayalah pada ketentuan Ilahi, jika bukan dia utk kita maka ada yg lebih baik... 

Jd, di sini luahkan ape saje yg tersirat dlm hati anda... apa yg anda tak puas hati, apa yg anda harapkan pada kekasih anda tp tak dpt... semoga mgkn ada pasangan yg bercinta akan mengambil segala yg anda luahkan sbg titik permulaan utk mejdkan cinta lebih suci dan berkekalan... 

Kisah Couple


LELAKI: Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!

PEREMPUAN: Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI: Err... kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN: Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI: Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN: Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI: Eh, kenapa ??

PEREMPUAN: Kerana tiga sebab
Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI: Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN: Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Salam.

LELAKI: Wslm