Pernahkah kita terfikir, kenapa orang gila selalu
sihat? Tidak pernah kita melihat ada orang gila berguling di tepi jalan
sakit batu karang,terhencut-hecut kaki kena gout, minum ubat batuk,
memakai koyok atau bahkan sakit gigi sekalipun. Jawapannya adalah KERANA MEREKA TIDAK PERNAH STRESS !!!
1. Orang gila tidak pernah sakit kerana mereka tidak pernah stress.
Mereka tidak pernah berfikir macam-macam. Makanan apa pun mereka makan.
Tidak seperti kita. Sudah ada ayam goreng, masih mencari sate kambing.
Sudah ada nasi lemak, masih mencari pizza, hotdog, dan lain sebagainya.
Sedangkan orang gila tidak pernah minta makanan yang bermacam-macam.
Makanan apapun asal namanya makanan tetap mereka makan. Malah nasi basi
pun mereka makan, burger 2 hari pun OK lagi bak kata Nabil
2.
Orang gila itu QANAAH. Mereka rasa bersyukur. Menerima apa pun
pemberian Allah kepadanya. Tidak pernah menuntut macam-macam. Tidak
seperti kita. Sudah diberi basikal, masih minta motor. Sudah ada motor,
masih minta kereta. Sudah ada kereta nak juga jeling MPV atau SUV. Rumah
dah cantik, masih saja selalu merasa ada yang kurang. Akhirnya beli ini
beli itu, renovate ini renovate itu. Akhirnya hutang sana sini untuk
keperluan tersebut. Apabila ketika hutangnya sudah menggunung, jatuh
sakitlah dia.
Orang gila itu entah ada pakaian ataupun tidak,
mereka santai saja. Kalau mengantuk, ya tidur saja. Mereka tidak
perlukan tikar, apalagi katil dan tilam empuk. Ada kan antara kita yang
tidak boleh tidur di atas tikar. Kerana sudah terbiasa tidur di
springbed. Malah ramai yang tak boleh tidur tanpa air-cond.
Orang gila jarang sakit juga adalah kerana mereka selalu berbahagia.
Mereka kan kelihatan selalu tersenyum. Betul kan? Orang yang selalu
tersenyum pasti hatinya bahagia dan tenteram. Everething is running
well, semuanya berlalu dengan baik-baik saja. Tidak pernah ada masalah.
Kalaupun ada masalah, dia menganggap itu sebagai hiburan yang
menyenangkan. Sebab tu diaorang sentiasa tersenyum.
Kesimpulannya, kalau korang hendak selalu sihat jadilah “orang gila”.
Maksud saya, hiduplah dengan Qanaah, kawal stress, control keinginan
yang hendak bermacam-macam itu dan selalulah tersenyum. Mudah-mudahan
korang selalu sihat!
-sumber: Maimunah Mohamad, Kaunselor, Pusat Kaunseling,UUM
hi..dari lubuk hatiku,buat semua hati c purple
No comments:
Post a Comment